fbpx

Manpreet gigih buru mahkota Liga Fantasi Kosmo!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENGURUS Liga Fantasi Kosmo! yang berjaya memecah masuk ke dalam Top 5 sebagai pemenang mingguan GW21.
MANPREET SINGH

Manpreet gigih buru mahkota Liga Fantasi Kosmo!

BERANI mengambil risiko antara langkah yang diambil pengurus pasukan, Manpreet Singh apabila muncul selaku pemenang mingguan tertinggi Liga Fantasi Kosmo!

Manpreet mengakui strategi mempertaruhkan pemain Arsenal dan Manchester United adalah langkah bijak untuk meraih mata maksimum.

Dia juga berharap kemenangan tersebut sedikit sebanyak meningkatkan semangatnya untuk memburu gelaran keseluruhan Liga Fantasi Kosmo! 2023.

“Sebenarnya saya melakukan perancangan dengan teliti kerana pertembungan pasukan gargasi seperti Arsenal dan Manchester United mampu melakukan kejutan.

“Saya mempunyai kedua-dua pemain pasukan tersebut, sekali gus membantu saya mengutip mata tertinggi minggu ini.

“Saya harap dengan kemenangan mingguan dapat membantu saya untuk memburu gelaran keseluruhan. Perjalanan liga juga masih panjang dan harap tuah menyebelahi saya,” katanya.

 

DINIE FADHLI

Fadhli mahu ‘bolot’ RM200 setiap minggu

PERANCANGAN teliti pada setiap perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) ternyata membawa tuah kepada pengurus, Dinie Fadhli apabila mengutip antara mata mingguan tertinggi Liga Fantasi Kosmo!

Pengurus yang sudah berjinak-jinak dengan dunia Fantasy Premier League (FPL) sejak 2013 lagi memilih untuk mempertaruhkan pemain terbaik yang mampu membantunya meraih mata tertinggi.

“Jadi, percaturan pemilihan pemain harus dibuat dengan baik jika mahu meraih mata tertinggi. Kini, fokus adalah untuk memburu mata tertinggi mingguan. Untuk muncul juara keseluruhan agak ketinggalan, jadi saya bebas untuk melakukan pertukaran.

“Apapun, saya gembira kera­na masih mampu mengutip mata tertinggi mingguan meskipun saingan kali ini tetap mencabar dengan kehadiran pengurus lain. Saya harap mampu meraih kemenangan sekali lagi sebelum berakhir saingan liga musim ini,” katanya.

 

MUHAMMAD FAIZ MOHD. AZIZ

Nketiah bawa tuah buat PrinXe

KETIADAAN penyerang utama Arsenal, Gabriel Jesus akibat kecederaan memaksa pasukan PrinXe menggantikan pemain Brazil itu dengan seorang lagi penyerang The Gunners, Eddie Nketiah ke dalam kesebelasan utama pada saingan Liga Fantasi ­Kosmo!

Kemasukan Nketiah nyata membawa tuah buat pengurus, Muhamad Faiz Mohd. Aziz apabila terpilih menjadi salah seorang pemenang mingguan untuk perlawanan minggu ke-21.

Lebih manis, ia merupakan kemenangan kedua Faiz bagi saingan musim ini dan dia mengakui tidak menyangka untuk sekali lagi bergelar pemenang mingguan Liga Fantasi Kosmo!

“Bagi aksi mingguan, ini adalah kali kedua saya menjadi pemenang. Alhamdulillah atas rezeki ini. Secara jujur, saya tidak jangka untuk menjadi antara pasukan yang mengutip mata tertinggi untuk minggu ke-21.

“Antara yang membawa perbezaan untuk saya adalah Nketiah kerana ramai pengurus lain mengharapkan Erling Haaland. Saya juga gunakan Haaland sebagai kapten tetapi Nketiah yang membezakan PrinXe dengan pasukan lain,” katanya.

 

AZFAR AHMAD

Sendawa FC ‘sangkut’ buat kali pertama

PASUKAN Sendawa FC meletakkan sasaran untuk berada dalam carta Top 20 pada Liga Fantasi Kosmo! musim ini selepas ‘sangkut’ buat kali pertama pada minggu ke-21 (GW21).

Pengurus, Azfar Ahmad percaya kejayaan meraih Top 5 minggu lalu menyuntik semangatnya untuk memberi cabaran terbaik setiap minggu.

“Saya gembira apabila berjaya mengutip mata tinggi minggu ini dan jujur tidak banyak rahsia yang boleh didedahkan.

“Cuma, saya akui banyak menumpukan aspek pertahanan dengan menggunakan banyak pemain kelab Aston Villa dan Newcastle United yang begitu dominan sejak beberapa perlawanan lepas seperti Emi Martinez, Tyron Mings dan ­Kieran Trippier.

“Kalau boleh kini saya mahu terus mendaki carta liga utama dengan meletakkan sasaran Top 20 pengurus terbaik dalam kempen Liga Fantasi Kosmo! musimi ini,” katanya.

 

NASIR YACOB

Perancangan taktikal KBT agak menjadi

PASUKAN KBT bagai tidak percaya apabila menjadi lima kelab terbaik pada saingan Liga Fantasi Kosmo! minggu ke-21 (GW21).
Pengurus, Nasir Yacob me­ngakui taktikal sejak berakhir Piala Dunia 2022 agak menjadi selain percaya Liga Fantasi (FPL) ini tidak boleh melibatkan emosi.
Kata Nasir, sepanjang awal musim banyak pemain Liverpool dalam kesebelasan utama tetapi situasi berbeza sejak awal bulan ini tanpa pemain The Reds.
“Saya adalah seorang peminat sejati Liverpool dan sebelum Piala Dunia saya bermain biasa-biasa sahaja tanpa memberikan tumpuan penuh.
“Namun, situasi berbeza selepas Piala Dunia dan fokus me­lakukan perubahan pada setiap minggu dengan kali ini tanpa kehadiran seorang pun pemain Liverpool.
“Antara kekuatan pasukan saya kali ini adalah dua tonggak pertahanan Newcastle United, Nick Pope dan Kieran Trippier yang menyumbangkan mata agak tinggi,” katanya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN