fbpx

Vertex penyelamat projek PR1MA Kepayang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Projek PR1MA Residensi Kepayang yang sepatutnya siap pada 2019.

IPOH – Kenaikan harga barangan dalam industri pembinaan serta masalah pekerja ketika pandemik Covid-19 menjadi antara punca sebilangan projek Perumahan 1Malaysia (PR1MA) tidak dapat disiapkan mengikut tempoh ditetapkan.

Bagi sebilangan kontraktor PR1MA, masalah tersebut menyebabkan mereka gagal siapkan projek perumahan tersebut bahkan ada yang terpaksa menamatkan kontrak dengan kerajaan.

Pengarah Urusan Vertex Central Sdn. Bhd., Mohd. Ali Amin Ab. Latif berkata, pihaknya selaku kontraktor penyelamat projek PR1MA juga berhadapan masalah sama selepas dianugerahkan tender bagi projek Residensi Kepayang di sini.

Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming (tiga dari kanan) dan Mohd. Ali Amin (dua dari kiri) menunjukkan tanda bagus ketika hadir pada majlis penyerahan kunci Residensi Kepayang di Ipoh semalam.

“Residensi Kepayang yang bermula pembinaannya pada 2016 telah disiapkan sebanyak 60 peratus oleh kontraktor ketika itu. Projek ini sepatutnya selesai pada 2019.

“Kontraktor ketika itu ada masalah untuk siapkan perumahan ini, jadi kontrak mereka ditamatkan oleh kerajaan. Pada hujung 2020, kami dianugerahkan tender dan perlu siapkan 40 peratus lagi projek tersebut,” katanya kepada di sini semalam.

Katanya, antara cabaran dihadapi adalah kenaikan harga barangan, sebagai contoh kos besi meningkat dua kali ganda sehingga RM3,800 pertan sewaktu itu.

Mohd. Ali Amin berkata, mereka juga perlu bekerja dalam keadaan tenaga kerja yang terhad iaitu sekitar 200 orang pada satu-satu masa, ditambah dengan penularan Covid-19 sewaktu itu.

“Banyak prosedur operasi standard (SOP) perlu diikuti, seperti menjalankan ujian Covid-19 kepada para pekerja pada setiap minggu.

“Bagaimanapun, dengan inisiatif transformasi PR1MA, projek ini dapat disiapkan dengan kualiti penarafan bina sempurna oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB),” katanya.

Ujarnya, mereka juga perlu memastikan perumahan itu dibina mengikut spesifikasi oleh kontraktor terdahulu, justeru menjadi tanggungjawab mereka untuk membetulkan sebarang kesilapan atau kerosakan.

Projek PR1MA Residensi Kepayang yang sebelum ini tergendala telah berjaya disiapkan dan diserahkan kunci kepada seramai 252 pemiliknya semalam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI