fbpx

Ira Kazar hamil? Wallahualam, saya tak tahu – Yusof Haslam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Datuk Yusof Haslam tidak tahu-menahu dakwaan isteri kedua Syamsul, Ira Kazar kini berbadan dua.

PETALING JAYA – “Saya tak tahu dia (Ira) hamil ke apa. Saya tak tahu. Wallahualam.”

Demikian kata pengarah dan penerbit filem berpengalaman, Datuk Yusof Haslam tentang dakwaan menantunya, Ira Kazar kini berbadan dua.

Yusof Haslam atau nama sebenarnya, Md. Yusof Md. Haslam berkata lagi, dia tidak berada dalam kedudukan untuk berbicara lanjut berhubung perihal terbabit.

“Isteri saya pun ada cakap tadi sebelum saya keluar, dia pesan jangan cakap apa-apa.

“Silap cakap nanti tak sedap pula. Saya tak mahu semua itu. Bukan apa, saya nak jaga hati isteri saya juga.

“Dia (Fatimah) sekarang berada dalam keadaan sugul lagi. Pada masa sama, Syamsul anak saya, saya kena jaga hati dia juga. Saya tak nak hubungan kami jadi tak bagus.

“Semualah, menantu saya dan cucu-cucu saya. Banyak hati yang perlu dijaga. Cucu-cucu saya dah faham dan dah matang,” kata Yusof, 69, kepada Kosmo! Online sebentar tadi.

Beliau yang ditemui pada tayangan perdana filem terbitan Skop Productions, Harum Malam di Starling Mall mengharapkan doa yang baik-baik daripada semua orang berhubung tragedi menimpa keluarganya.

“Saya doa yang baik buat anak-anak saya. Sesiapa sahajalah yang ada kaitan saya doakan yang terbaik,” ujarnya.

Sejak awal tahun lalu, kisah rumah tangga pasangan berkenaan menjadi bualan hangat ramai selepas Puteri Sarah mendedahkan diganggu oleh orang ketiga.

Kemelut rumah tangga mereka semakin memuncak apabila Syamsul mendedahkan sudah bernikah di dengan Ira Kazar di Thailand pada 6 Januari lalu berwalikan bapa pengantin perempuan iaitu pelakon senior, Kazar Saisi.

Pendedahan tersebut mengundang reaksi negatif daripada orang ramai termasuk ibu bapa Syamsul iaitu Datuk Yusof Haslam dan Datin Fatimah Ismail yang tidak merestui perkahwinan kedua anak sulungnya itu.

Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 5, dan Sumayyah kini berusia 3 tahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI