fbpx

Dasar Pendidikan Tahfiz Negara 2.0 dilancar Mac depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid (kiri) menyampaikan anugerah kepada Personaliti Quran, Datuk Dr. Norhafizah Musa.

PUTRAJAYA – Kerajaan akan melancarkan Dasar Pendidikan Tahfiz Negara 2.0 (DPTN 2.0) pada 11 Mac depan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, DPTN 2.0 itu akan dilancarkan sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bakal juga menghimpunkan 23,000 huffaz dari seluruh negara.

“DPTN akan dihidupkan semula dan akan diselaraskan dengan pihak kerajaan negeri kerana hal ehwal agama Islam adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.

“Ketika ini, DPTN 1.0 sedang dikaji supaya wujud penyelarasan daripada segi kaedah pengajaran dalam institusi tahfiz agar mereka yang keluar daripada institusi tahfiz tidak hanya bekerja sebagai imam, guru atau bidang berkaitan sahaja.

“Kerajaan mahu mewujudkan kerjaya profesional kepada penghafaz al-Quran agar mereka juga dapat menyumbang kepada negara selain mengangkat martabat golongan terbabit,” katanya ketika ditemui pada Majlis Anugerah Personaliti Quran dan Wakaf al-Qur’an di Kompleks Nasyrul Quran, di sini malam ini.

Katanya, kerajaan juga akan memastikan golongan huffaz ini dapat memberi sumbangan kepada negara dan mengekalkan kebolehan menghafal al-Quran serta menjadi ahli masyarakat al-Quran seperti negara Islam lain.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI