fbpx

Banjir: Batu Pahat paling terjejas di Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan rumah penduduk yang digenangi banjir di Kampung Seberang Batu Badak, Segamat.

JOHOR BAHRU – Situasi banjir di negeri ini tidak menunjukkan banyak perubahan apabila masih terdapat seramai 2,757 mangsa yang ditempatkan di 31 pusat pemindahan sementara (PPS) yang beroperasi di seluruh negeri setakat pukul 8 pagi, hari ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Dr. Azmi Rohani memaklumkan, jumlah mangsa itu terdiri daripada 774 buah keluarga.

Menurut beliau, jumlah itu sedikit meningkat berbanding seramai 2,564 mangsa yang direkodkan pada pukul 8 malam, semalam.

“Enam daerah kekal terjejas akibat banjir iaitu Segamat, Mersing, Kluang, Kota Tinggi, Batu Pahat dan Tangkak serta Batu Pahat merupakan daerah terjejas paling teruk dengan seramai 946 mangsa ditempatkan di lapan buah PPS dibuka di daerah berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah beliau, Jabatan Meteorologi Malaysia meletakkan beberapa daerah di negeri ini di bawah Amaran Hujan Berterusan tahap buruk iaitu Mersing dan Kota Tinggi.

“Dalam pada itu, dua jalan masih ditutup sepenuhnya untuk pengguna iaitu Jalan Tanah Abang dan Jalan Sungai Tiram-Ulu Tebrau,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI