fbpx

Babi di Melaka mengganas, 1,287 ekor dihapuskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. ALI Mohd. Rustam (dua dari kanan) membelanja sayur segar kepada pengunjung Melaka Agro Market diiringi Abdul Razak Abdul Rahman di Bukit Katil, Melaka - Foto oleh RASUL AZLI SAMAD

MELAKA – Sebanyak 1,287 ekor babi hutan di negeri ini telah dihapuskan oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Melaka susulan populasi haiwan itu yang semakin meningkat dan menjadi ancaman penduduk.

Pengerusi Jawatankuasa Luar Bandar, Pertanian dan Industri Asas Tani Melaka, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman berkata, angka tersebut direkodkan dalam operasi dijalankan sejak 2021 sehingga kini.

Katanya, daerah Alor Gajah mencatatkan angka tertinggi dengan sebanyak 543 ekor babi hutan dihapuskan, diikuti Melaka Tengah (515 ekor) dan Jasin (229 ekor).

“Sejak dua tahun lalu, operasi besar-besaran telah dilakukan di ketiga-tiga daerah di Melaka dan sebanyak 1,287 babi hutan berjaya dihapuskan.

“Kita lihat populasi haiwan ini semakin meningkat dan mengganas apabila menjadi ancaman kepada penduduk dengan merosakkan pelbagai jenis tanaman,” katanya pada sidang akhbar selepas Jelajah Mesra Melaka Agro Market di Bukit Katil, di sini.

Turut hadir Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Ali Mohd. Rustam.

Dalam pada itu, ditanya mengenai kejadian Demam Babi Afrika yang tular baru-baru ini, Abdul Razak berkata, setakat ini tiada sebarang kes berkaitan virus itu direkodkan di Melaka.

“Di Melaka yang menjadi ancaman serius adalah babi hutan, bukan babi ternakan.

“Melaka bebas daripada wabak melibatkan babi ternakan kerana kita sudah tidak ada ladang ternakan babi di Paya Mengkuang, Alor Gajah, kesemua babi di situ sudah tiada,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN