fbpx

[VIDEO] Pemandu pikap mabuk rempuh Toyota Vios, dua kanak-kanak parah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN kereta Toyota Vios yang dilanggar pikap Nissan Nivara yang disyaki dipandu lelaki mabuk dalam kejadian di Kilometer 57, Jalan Batu Pahat-Mersing, Kluang, petang semalam.

KLUANG – Angkara pemandu mabuk, seorang kanak-kanak dan bayi cedera parah apabila kereta Toyota Vios dinaiki dilanggar pacuan empat roda jenis Nissan Nivara dalam kejadian di Kilometer 57 Jalan Batu Pahat-Mersing, petang semalam.

Mangsa, Nur Hana Humaira dan kakaknya, Nur Aisyah Humaira, 6, mengalami pendarahan dalam kepala selain retak tulang rahang serta pinggul dan kini masih dirawat di Zon Merah Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom (HEBHK).

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, bapan kanak-kanak terbabit yang juga pemandu serrta ibu mereka juga turut cedera.

Jelas beliau, siasatan awal mendapati kenderaan jenis Nissan Navara dan Toyota Vios dalam perjalanan dari arah sama dari Kluang ke Mersing.

“Apabila sampai di tempat kejadian, kenderaan suspek melanggar belakang mangsa hingga menyebabkan Toyota Vios dipandu seorang lelaki berusia 34 tahun hilang kawalan lalu melanggar pokok di bahu jalan sebelah kiri.

“Suspek dipercayai memandu dalam keadaan mabuk melarikan diri sejurus kemalangan terbabit,” katanya ketika dihubungi di sini.

Bahrin berkata, susulan kejadian itu, polis berjaya mengesan suspek sebelum lelaki berusia 29 tahun itu ditahan pegawai polis dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang.

Ujarnya, saringan ujian air kencing dijalankan ke atas suspek tetapi negatif selain sampel darahnya sudah diambil di HEBHK untuk dihantar ke Jabatan Kimia untuk pemeriksaan toksikologi.

Beliau berkata, permohonan reman ke atas suspek akan dibuat di mahkamah hari ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Terdahulu, satu rakaman video berdurasi 26 saat tular di laman sosial menunjukkan tindakan suspek yang memandu secara melulu sebelum merempuh bahagian belakang kereta dinaiki mangsa.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI