fbpx

PN Selangor sedia terima Noh, ahli parti UMNO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zulkafperi

KUALA SELANGOR – Perikatan Nasional (PN) Selangor bersedia menerima penyertaan pimpinan dan ahli UMNO termasuk Tan Sri Noh Omar bagi memperkukuhkan lagi jentera pembangkang di negeri ini.

Timbalan Pengarah Jentera Pilihan Raya PN Selangor, Datuk Dr. Zulkafperi Hanapi berkata, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Pas bersikap terbuka dan kekal berpegang kepada prinsip penyatuan Melayu.

Kata Ahli Parlimen Tanjong Karang itu, penyertaan Noh yang juga bekas Pengerusi UMNO negeri mampu membantu jentera pihaknya menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) kelak.

“Jika Noh memilih Bersatu, saya yakin lebih ramai pengikut pemimpin berpengalaman luas itu terutama belia akan menyertai PN.

“Saya percaya individu yang kecewa dengan UMNO dan mereka sentiasa dialukan untuk meneruskan perjuangan bersama kami,” katanya ketika ditemui di Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Tanjong Karang di sini, hari ini.

Zulkafperi mengakui beliau ada menerima hasrat ahli UMNO Tanjong Karang untuk menyertai Bersatu berikutan kecewa dengan keputusan kepimpinan UMNO.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI