fbpx

Piala FA: Brighton singkir juara bertahan, Liverpool

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penyerang Brighton, Kaoru Mitoma meraikan jaringan kemenangan yang dilakukan untuk menewaskan Liverpool 2-1 sebentar tadi. - Foto ihsan Twitter 90min

LONDON – Brighton mempamerkan kejutan tersendiri apabila menyingkirkan juara bertahan, Liverpool selepas merekodkan kemenangan 2-1 pada aksi pusingan keempat Piala FA sebentar tadi.

Pada aksi di Stadium Amex itu, skuad The Reds kendalian Jurgen Klopp membariskan kesebelasan terbaik dengan jentera serangan dibarisi Mohamed Salah, Cody Gakpo dan Harvey Elliott.

Sementara itu pasukan tuan rumah bimbingan Roberto de Zerbi turut melakukan perkara yang sama dengan bintang utama seperti Kaoru Mitoma, Danny Welbeck dan Alexis Mac Allister diberi tanggungjawab untuk merobek kubu lawan.

Liverpool terlebih dahulu memiliki peluang keemasan tetapi rembatan yang dilakukan oleh Salah pada minit ke-4 berjaya dikeluarkan kapten pasukan, Lewis Dunk ketika penjaga gol sudah pun tertewas.

Tersentak dengan serangan tersebut, giliran Brighton pula melakukan asakan dan kini percubaan Solly March pula dikeluarkan pertahanan Liverpool, Trent Alexander-Arnold pada minit ke-15.

Namun, benteng pasukan tuan rumah terlebih dahulu bocor apabila Elliott bijak menyudahkan peluang terhidang selepas menerima hantaran Salah untuk meletakkan Liverpool mendahului 1-0 pada minit ke-29.

Kegembiraan pasukan pelawat tidak bertahan lama apabila Brighton menyamakan kedudukan berselang 10 minit kemudian hasil jaringan yang dilakukan oleh Dunk menerusi gerakan daripada sepakan penjuru.

Bersambung pada babak kedua, Liverpool merombak kesebelasan utama dengan memasukkan pemain gantian seperti Jordan Henderson, James Milner dan Darwin Nunez.

Namun, Brighton nampak lebih garang dengan tetapi percubaan yang dilakukan oleh March selepas menerima hantaran Mitoma berjaya ditepis penjaga gol Liverpool, Allison pada minit ke-71.

The Seagulls akhirnya meraih gol kemenangan menerusi rembatan cantik yang dilakukan oleh Mitoma pada masa kecederaan sekali gus menyaksikan keputusan 2-1 kekal sehingga tamat perlawanan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI