fbpx

Peningku fahami dirimu, peningku mengikut rentakmu – Sissy Imann

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Naim Daniel dan Sissy Iman memilih lagu Pening bagi persembahan minggu ketujuh Famili Duo, malam ini.

PETALING JAYA – Pemilihan lagu minggu ketujuh bagi pasangan peserta Famili Duo, Naim Daniel dan Sissy Imann iaitu lagu Pening nyanyian asal Ezlynn bersama M. Daud Kilau menjadi bualan dalam kalangan penonton, malam ini.

Tinjauan Kosmo! di media sosial mendapati, rata-rata beranggapan lirik yang disampaikan pasangan peserta itu seolah-olah merujuk kepada insiden yang berlaku pada persembahan minggu keenam lalu apabila kritikan ‘panas’ diberikan oleh penyanyi dangdut yang juga juri program Famili Duo, Mas Idayu.

Dalam pada itu, tema pilihan yang ditampilkan juga seperti memberi satu bayangan mengenai seseorang yang dihukum oleh hakim (juri).

“Kena sangat lirik lagu Pening malam ini untuk persembahan duo Naim Daniel dan Sissy Imann. Perli mummy (Mas Idayu) kah tu?,” soal Shahril.

“Agak-agak Mas Idayu terasa tak dengan persembahan Naim Daniel dan Sissy Imann, peningku fahami dirimu, peningku mengikut rentakmu. Pening nak ikut kemahuan juri ni bila dalam pertandingan, apa-apa semoga berjaya semuanya,” ujar Katrina Nana. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI