fbpx

Muhammad Bilal sambut ulang tahun pertama hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Bilal menyambut ulang tahun pertamanya, hari ini.

PETALING JAYA – Anak sulung kepada selebriti terkenal Noor Neelofa Mohd. Noor, Muhammad Bilal Muhammad Haris, hari ini menyambut ulang tahun pertamanya.

Perkara itu dikongsikan Noor Neelofa menerusi hantaran di Instagramnya.

“Doa abah umi semoga Bilal sentiasa dalam lindungan kasih Allah SWT, dikurniakan kesihatan dan kesejahteraan yang baik, kefahaman agama, kebahagiaan serta hasanah di dunia dan akhirat.

“Love you so much my son (sayang awak sangat anak saya). Happy 1st birthday (selamat ulang tahun pertama) Bilal sayang,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat Noor Neelofa dan anaknya menitipkan ucapan selamat ulang tahun di samping mendoakan agar keluarga tersebut sentiasa diberi kebahagiaan berpanjangan.

“Selamat ulang tahun Bilal, jadi anak yang soleh buat abah dan umi,” kata Hafisyah.

“Selamat hari jadi Bilal sayang, makin besar makin comel anak bertuah ini. Membesar dengan baik ya,” ujar Asyikin.

Sebagai info, Noor Neelofa telah mendirikan rumah tangga bersama pendakwah bebas, Muhammad Haris Ismail atau lebih mesra disapa PU Rizz pada Mac 2021 lalu dan dikurniakan seorang anak, Muhammad Bilal. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI