fbpx

KPM selesai isu kurang guru sebelum Mac

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FADHLINA (tengah) ketika menghadiri majlis rumah terbuka Tahun Baharu Cina di Dewan Serbaguna Jawi di Nibong Tebal, di sini hari ini. SITI NUR MAS ERAH AMRAN

SEBERANG PERAI – Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, memberi jaminan isu kekurangan guru di Sarawak akan ditangani sebelum bermulanya sesi persekolahan, Mac depan.

Menurutnya, isu berkenaan bukan hanya berlaku di Sarawak sahaja malah situasi sama turut dihadapi di beberapa negeri lain.

“Isu itu (kekurangan guru) saya fikir ada sedikit, bukan kritikal tetapi memang ada isu di Sarawak dan kita tekankan Sarawak kerana itu persiapan kita dalam rangka lawatan saya di sana pada ketika itu.

“Isu itu dibangkitkan dan ditanya, dan saya jawab ketika dalam rangka lawatan di Sarawak.

“Di negeri lain, kita lihat juga perkara tersebut dan saya fikir dengan adanya persiapan guru maka sebelum buka sekolah Mac ini, kita akan atasi di mana-mana negeri terlibat,” katanya selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina anjuran Pusat Khidmat Rakyat Perlimen Nibong Tebal dan Pusat Khidmat Kawasan Dewan Undangan Negeri Jawi, di sini hari ini.

Semalam, Fadhlina memaklumkan Kementerian Pendidikan (KPM) akan cuba mengisi 50 peratus daripada anggaran jumlah 3,000 kekurangan guru di Sarawak menjelang Mac depan.

Beliau juga yakin, penyelesaian mampu dicapai walaupun dasar nisbah 90:10 guru Sarawak dan guru bukan dari Sarawak masih digunakan di negeri itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI