fbpx

Hanya tiga, bukan 16 pertuduhan – Noh Omar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noh menunjukkan surat yang diterima menerusi video dimuat naik pada Instagram beliau.

PETALING JAYA – “Hanya tiga pertuduhan sahaja,” kata bekas Ahli Parlimen Tanjong Karang, Tan Sri Noh Omar menyuarakan kekecewaan dengan kenyataan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Megat Zulkarnain Omardin berhubung 16 pertuduhan terhadap beliau.

Kenyataan tersebut dibuat oleh Megat Zulkarnain selepas mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang berlangsung pada Jumaat lalu.

“Saya amat-amat kecewa dengan kenyataan dibuat beliau yang merupakan Setiausaha Politik Timbalan Perdana Menteri mengatakan bahawa saya telah pun menerima 16 pertuduhan. Saya nak bagi tahu, saya hanya dapat surat ini kepada saya (sambil menunjukkan surat pada telefon pintar).

“Ini butir-butir, pertuduhan pertama, kedua dan ketiga. Hanya tiga pertuduhan sahaja. Sila ambil perhatian sekiranya Tan Sri tidak hadir pada masa dan tempat ditetapkan, prosiding pendengaran disiplin akan diteruskan dan keputusan akan dibuat (Noh membacakan surat tersebut).

“Saya sepatutnya hadir bicara Lembaga Disiplin pada 30 Januari (esok). Ada tiga hari lagi, bagaimana Datuk Megat boleh kata 16 pertuduhan telah terbukti. Salah satu pertuduhan daripada tiga itu, mengaitkan saya dengan bekas pegawai khas saya yang menjadi calon bebas,” katanya pada video dimuat naik pada Instagram malam tadi.

Dalam pada itu, Noh turut mempersoalkan pertuduhan tersebut dengan memetik bekas pegawai khas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi iaitu Datuk Muslimin Yahya yang menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) serta bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada 2018.

“Muslimin menang PRU14 (kerusi Parlimen Sungai Besar). Persoalannya jika nak dikaitkan dengan pegawai khas saya menyebabkan saya nak dibabitkan, mengapa tidak juga babitkan Ahmad Zahid yang mungkin juga pada masa itu, kalau nak dituduh adakah beliau dibelakang sebab Muslimin bekas pegawai khas beliau.

“Ini yang saya kata, belum lagi dipanggil pertuduhan telah dibuat keputusan. Sebab itu apabila saya digantung tanpa beri peluang bela diri, walaupun tarikh telah ditetapkan, maka saya melihat UMNO hari ini sudah tidak ada peraturan, tidak ada perlembagaan.

“UMNO hari ini menuju kehancuran. Daripada saya digantung, baik saya dipecat daripada bersekongkol dengan mereka yang menggunakan parti UMNO untuk kepentingan diri mereka,” tegasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI