fbpx

Gaduh kerana pokok timun, 10 lelaki warga asing diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARANG dan paip besi yang berjaya dirampas hasil daripada tangkapan ke atas 10 orang lelaki warga Bangladesh dan Myanmar yang bergaduh di sebuah kilang di Jalan Mengkibol, Kluang, kelmarin.

KLUANG – Seramai 10 warga asing ditahan polis selepas dipercayai terlibat dalam satu pergaduhan sehingga melibatkan kematian seorang lelaki warga Bangladesh dalam kejadian di sebuah kilang di Jalan Mengkibol, di sini kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pada pukul 4 petang itu menyebabkan Md. Rubel Howlader, 31, maut akibat cedera parah pada bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, selepas menerima laporan daripada seorang wanita tempatan, pihkanya kemudian memberkas 10 warga asing terdiri daripada Bangladesh dan Myanmar.

Jelas beliau, hasil siasatan mendapati pergaduhan bermula apabila pokok timun yang ditanam oleh si mati telah dirosakkan oleh suspek warga Myanmar.

“Mangsa bersama rakan-rakannya telah bertanya kepada suspek berkenaan pokok yang dipotong lalu telah berlaku pergaduhan antara mereka.

“Semua tahanan telah dikenakan tahanan reman selama tujuh hari sehingga 2 Februari ini untuk membantu siasatan,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI