fbpx

Djokovic tawan Grand Slam Terbuka Australia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DJOKOVIC mengucup trofi kemenangan selepas muncul juara Terbuka Australia dengan menewaskan jaguh Greece, Tsitsipas di Melbourne sebentar tadi. - AFP

MELBOURNE – Novak Djokovic menepati ramalan apabila berjaya merangkul gelaran Grand Slam pada Terbuka Australia sejurus menewaskan Stefanos Tsitsipas dengan kemenangan straight set 6-3, 7-6(4), 7-6(5) di Rod Laver Arena sebentar tadi.

Kemenangan tersebut membolehkan Djokovic melebarkan rekod gelaran ke-10 bagi Terbuka Australia, sekali gus merampas semula ranking No.1 dunia daripada Carlos Alcaraz.

Alcaraz sebelum ini mengambil keputusan untuk tidak menyertai Terbuka Australia selepas mengalami kecederaan pada kaki.

Lebih manis, bintang tenis Serbia tersebut kini boleh tersenyum lebar apabila menyamai rekod Rafael Nadal yang berjaya menjulang 22 gelaran Grand Slam.

Tahun lalu, Djokovic ‘dihalau’ dari Australia kerana kekal dengan pendirian untuk tidak mendapatkan vaksin sehingga menyebabkan dia tidak dapat beraksi pada Terbuka Australia. – KOSMO! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI