fbpx

Bukan pengakhirnya, tapi permulaan baharu – Hishammuddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video dimuat naik Hishammuddin pada media sosial beliau malam tadi.

PETALING JAYA – “Ini bukan pengakhirnya, tapi hanya permulaan. Permulaan baharu”.

Demikian kenyataan ringkas oleh Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berhubung penggantungan keahlian UMNO beliau selama enam tahun menerusi video dimuat naik pada media sosialnya malam tadi.

“Berkenaan apa langkah seterusnya, saya terpaksa berbincang dengan kepimpinan UMNO Sembrong untuk memikirkan apa hala tuju dan tindakan saya selanjutnya.

“Apa yang berlaku tidak sesekali mematahkan semangat saya untuk cekal berjuang, demi agama, bangsa dan tanah air,” katanya.

Terdahulu, beberapa nama besar telah dilucutkan jawatan daripada parti tersebut selepas Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada Jumaat lalu.

Antaranya ialah bekas Ketua Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar dan bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Empat lagi ahli antaranya, Shahril Hamdan, Hishammuddin, Datuk Maulizan Bujang serta Datuk Salim Shariff telah digantung keahlian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI