fbpx

Banjir: Keadaan semakin pulih, seramai 2,511 mangsa di 33 PPS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba melakukan pemindahan mangsa banjir ke tempat lebih selamat selepas kediaman mereka dinaiki air di Kampung Paya Merah, Labis, Segamat, Johor.

JOHOR BAHRU – Banjir yang melanda negeri ini sejak seminggu lalu semakin pulih apabila hanya terdapat seramai 2,511 mangsa yang kini ditempatkan di 33 pusat pemindahan sementara (PPS).

Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Dr. Azmi Rohani memaklumkan, mereka yang terjejas ketika ini terdiri daripada sejumlah 697 buah keluarga di tujuh daerah iaitu Segamat, Mersing, Kluang, Kota Tinggi, Muar, Batu Pahat dan Tangkak.

“Mersing kekal sebagai daerah terjejas paling teruk akibat banjir dengan seramai 836 penduduk yang ditempatkan di 7 buah PPS dibuka di daerah berkenaan.

“Ini diikuti dengan daerah Batu Pahat seramai 694 mangsa; Kluang (422 mangsa); Kota Tinggi (416 mangsa); Segamat (123 mangsa); Tangkak (15 mangsa) dan Muar (5 mangsa),” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia meletakkan beberapa daerah di negeri ini di bawah Amaran Hujan Berterusan tahap bahaya iaitu Mersing dan Kota Tinggi.

Manakala daerah Segamat, Kluang, Kulai dan Johor Bahru dalam tahap buruk serta daerah Tangkak, Muar, Batu Pahat dan Pontian pada tahap waspada.

“Dalam pada itu, dua jalan masih ditutup sepenuhnya untuk pengguna iaitu Jalan Tanah Abang dan Jalan Sungai Tiram-Ulu Tebrau.-KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI