fbpx

157 produk makanan tamat tarikh luput, kemek dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota penguatkuasa Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu sedang memeriksa produk makanan di sebuah pasar raya di Kuala Terengganu baru-baru ini.

KUALA TERENGGANU – Sebanyak 107 produk makanan tamat tarikh luput telah berjaya dirampas Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu dalam operasi khas sempena sambutan perayaan Tahun Baharu Cina baru-baru ini.

Pengarah Kesihatan Terengganu, Datuk Dr. Kasemani Embong berkata, sebanyak 50 bungkusan produk yang telah kemek, bocor dan rosak turut dirampas dalam operasi tersebut.

Beliau berkata, kesemua produk dirampas berkenaan seberat 67.8 kg dan nilai sitaan keseluruhan berjumlah RM1,177.31.

“Sebanyak empat notis kesalahan telah dikeluarkan kepada peniaga yang menjual produk yang telah tamat tarikh luput mengikut Peraturan 14(9)(b) Peraturan-Peraturan Makanan (Pengkompounan Kesalahan) 2017.

“Dua notis kesalahan lain turut dikeluarkan di bawah Peraturan 35 enakmen sama kerana menjual produk makanan tin yang telah kemek,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Kasemani berkata, jumlah keseluruhan nilai kompaun yang telah dikeluarkan berjumlah RM19,500. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI