fbpx

[VIDEO] Kereta mewah rempuh tiga kereta di tempat pakir valet

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar yang dimuat naik di akaun @mimio_mimot

SEPANG – Seorang pemandu kereta mewah yang dipercayai mabuk merempuh tiga kereta lain dalam kejadian di parkir valet dekat sebuah pusat beli belah di sini malam tadi.

Dalam kejadian pada pukul 9.50 malam di parkitr valet IOI City Mall itu, kereta mewah jenis Porshe Porsche 911 Carrera dipandu seorang lelaki dikatakan terlanggar penghadang jalan dan hilang kawalan sebelum merempuh tiga kereta lain.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, kereta itu merempuh tiga kereta lain yang berada di sebelah kiri kotak parkir vallet.

Beliau berkata, kereta lain yang terbabit dalam kejadian itu termasuk Toyota Corolla Cross, Honda Jazz Hybrid dan Honda CRV.

“Kereta terbabit mengalami kerosakan teruk di bahagian hadapan kereta. Lokasi kemalangan mempunyai satu lorong setiap hala selain permukaan jalan rata dan kering,” katanya.

Katanya, pihaknya sudah merakam keterangan tiga pemilik kereta, namun pemilik kereta mewah itu belum dirakam keterangan setakat ini.

Wan Kamarul Azran berkata, pihaknya juga akan meneliti sistem rakaman litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian termasuk meminta saksi kejadian untuk membantu siasatan.

“Kes akan disiasat mengiku Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 iaitu memandu semasa berada di bawah pengaruh minuman yang memabukkan atau dadah,” katanya..-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI