fbpx

Saya dipecat oleh parti yang saya sayang – KJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairy

PETALING JAYA – Bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaludin Abu Bakar meluahkan rasa sedihnya selepas dipecat oleh Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, malam tadi.

Menerusi akaun Twitternya tengah malam tadi, Khairy sedih kerana dipecat oleh parti yang dia amat sayangi dan berikan kesetiaan selama ini.

“Malam ini saya dipecat oleh parti yang saya sayang, yang saya berikan kesetiaan. Saya tidak akan tunduk, putus asa dan akan tetap tegas,” ciapnya.

Malam tadi, Bekas Ketua Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar juga telah dipecat daripada parti tersebut bersama empat lagi ahli antaranya, Shahril Hamdan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Datuk Maulizan Bujang serta Datuk Salim Shariff yang digantung keahlian.

Turut digantung keahlian selama enam tahun ialah Ahli MKT UMNO Fathul Bari Mat Jahya, bekas Ahli Parlimen Jempol Datuk Salim Mohd Sharif, dan Ketua Bahagian Tebrau Datuk Maulizan Bujang.

Keputusan itu dibuat semasa mesyuarat MKT UMNO di Menara Dato’ Onn di Pusat Dagangan Dunia Putra yang dipengerusikan Pengerusi UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI