fbpx

Polis Sabah sahkan tahan lapan pegawai, anggota ESSCOM, bantu siasatan kes bunuhIvan Amirul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KOTA KINABALU – Polis Sabah mengesahkan penahanan lapan anggota Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) termasuk empat pegawai kanan berhubung kes bunuh seorang lelaki di Tawau.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Idris Abdullah berkata, penahanan terbabit bagi membantu siasatan berkaitan kes berkenaan.

“Semua tangkapan ditahan dan direman berkuatkuasa selama tujuh hari bagi membantu siasatan lanjut.

“Polis Di Raja Malaysia (PDRM) turut menubuhkan pasukan siasatan khas dari Bukit Aman,  polis juga tidak akan membuat kenyataan terperinci mengenai kes ini

“Hal ini kerana masih terlalu awal untuk sebarang kenyataan kerana dibimbangi boleh mengganggu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Idris turut meminta pihak media agar tidak membuat sebarang spekulasi mengaitkan mengenai isu keselamatan disebabkan kes ini lebih bersifat peribadi.

Menurutnya, kes setakat ini masih diperingkat siasatan dan sidang media lanjut akan dibuat selepas siasatan dilengkapkan.

Terdahulu, mayat seorang lelaki ditemui dalam kawasan semak di Tawau, dipercayai mangsa bunuh pada 16 Januari lalu,

Turut ditemui bersebelahan dengan mayat mangsa adalah sebuah kereta jenis Perodua Myvi berwarna putih. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI