fbpx

Piala Dunia: Malaysia tutup kempen dengan kemenangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENYERANG Malaysia, Muhammad Ramadan Rosli (tengah) diasak pemain Jepun, Takuma Niwa pada aksi penentuan tempat ke-13 hingga 16 di Stadium Hoki Birsa Munda hari ini. - FARIZ RUSADIO

ROURKELA – Malaysia menamatkan kempen Piala Dunia Hoki 2023 di kedudukan ke-13 selepas menewaskan Jepun 3-2 di Stadium Hoki Birsa Munda sebentar tadi.

Tiga gol Malaysia dalam perlawanan itu diperoleh menerusi dua jaringan Shello Silverius dan satu daripada Shahmie Irfan Suhaimi.

Jepun pula terpaksa akur mengakhiri kejohanan pada kedudukan tercorot selepas hanya berupaya meledak dua gol menerusi Kaito Tanaka dan Seren Tanaka.

Kedudukan Malaysia di tangga ke-13 memperbaiki pencapaian dua edisi terdahulu yang menyaksikan skuad negara menduduki tempat ke-14 di The Hague, Belanda (2014) dan No.15 di Bhubaneswar (2018).

Kedudukan ke-13 keseluruhan sememangnya perit untuk diterima barisan pemain selepas menampilkan prestasi yang cukup cemerlang ketika menewaskan Chile dan New Zealand untuk muncul naib juara Kumpulan C.

Dua kekalahan selepas itu bermula cross over dengan Sepanyol dan perlawanan klasifikasi kesembilan hingga 16 menentang Afrika Selatan menyebabkan Speedy Tigers terpaksa bermain penentuan tempat ke-13 hingga 16 sebentar tadi.

Biarpun gagal mencapai sasaran ke suku akhir dan berada dalam kelompok 10 ranking terbaik dunia tetapi secara keseluruhan para pemain telah mencuba sehabis baik sepanjang tiga minggu di bumi India. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI