fbpx

Mangsa banjir Sabah kini seramai 10,347 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan APM melaksanakan proses pemindahan mangsa banjir di beberapa kampung sekitar daerah Pitas. - Foto: Ihsan APM-

KOTA KINABALU – Seramai 10,347 orang penduduk dilaporkan dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) ekoran bencana banjir di Sabah setakat pagi ini.

Setakat pukul 9 pagi tadi, jumlah berkenaan membabitkan sebanyak 3,569 Ketua Isi Rumah (KIR) dari enam daerah terjejas banjir.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah berkata, bilang mangsa banjir Sabah terus menunjukkan peningkatan berbanding 10,312 orang daripada 3,564 KIR setakat pukul 9 malam tadi.

“Antara daerah terjejas ialah Kota Marudu (7,358 mangsa), Pitas (2,168 mangsa), Paitan (668 mangsa), Tawau (109 mangsa), Telupid (21 mangsa) dan Lahad Datu (23 mangsa).

“Setakat ini, terdapat 34 PPS yang masih beroperasi bagi memberi perlindungan kepada mereka yang terkesan,” katanya.

Dalam pada itu, orang awam khususnya penduduk yang tinggal di kawasan sering dilanda banjir atau berhampiran sungai dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dengan keadaan cuaca semasa ketika ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI