fbpx

KLIA kedua tersibuk di Asia Tenggara, tangga 40 dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA- Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) muncul sebagai terminal udara kedua tersibuk di Asia Tenggara dengan 382 penerbangan sehari.

Pencapaian itu disiarkan menerusi laman sesawang FlightsFrom.com diterbitkan firma statistik penerbangan antarabangsa ternama, Westcoast Digital berpusat di Sweden.

Berdasarkan perangkaan terkini akhir minggu lepas, KLIA berada di belakang Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, Jakarta, Indonesia dengan 502 penerbangan setiap hari.

Menariknya, hab pengangkutan udara komersial paling besar di Malaysia itu lebih sibuk berbanding Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi, Bangkok, Thailand.

KLIA didapati memiliki kelebihan tujuh penerbangan sehari daripada Bangkok, manakala Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino di Manila, Filipina pula di posisi keempat.

Bagaimanapun, Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, Singapura cuma di tempat keenam, manakala Lapangan Terbang Antarabangsa Tan Son Nhat di Ho Chi Minh City, Vietnam di tangga kelima.

Sekiranya dilihat rekod perbandingan di peringkat dunia pula, KLIA berada di posisi ke-40 di belakang Lapangan Terbang Antarabangsa Pearson, Toronto, Kanada di tempat ke-39.

Empat buah terminal udara di Amerika Syarikat menduduki kedudukan teratas carta global dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Hartsfield-Jackson, Atlanta di tangga pertama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI