fbpx

Khairy dilantik CEO JDTFC?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar hantaran Tunku Ismail di akaun Facebooknya

PETALING JAYA – ‘Berpengalaman, terbukti… kenapa tidak?’

Demikian kapsyen Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim ketika memuat naik gambar bersama bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang mengundang pelbagai tanda tanya.

Menerusi akaun rasmi Facebooknya, TMJ memberikan bayangan bahawa Khairy akan menjadi Ketua Pegawai Eksekutif Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) dan juga Penasihat Belia Johor.

Bagaimanapun, kesahihan perkara itu masih tidak dapat dipastikan.

Hantaran itu rata-rata mengejutkan orang ramai dan masing-masing memberikan reaksi positif jika berita itu adalah benar.

Dalam pada itu, di InstaStory Khairy, beliau turut berkongsi semula gambar yang dimuat naik oleh Tunku Ismail dengan kapsyen seakan-akan menjawab kepada tanda tanya tersebut.

“Satu pintu tutup, pintu lain akan terbuka. Rezeki di tangan Allah,” tulisnya.

Terdahulu, Khairy merupakan antara nama-nama besar yang dipecat oleh Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, malam semalam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI