fbpx

Jangan sebab kejahatan mereka, kita hilang kebaikan kita – Hishammuddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hishammuddin merupakan salah seorang pemimpin UMNO yang paling disayangi penyokongnya

PETALING JAYA – ‘Jangan sebabkan kejahatan mereka, kita hilang kebaikan kita’

Itulah komen ringkas ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein susulan penggantungan keahliannya dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, malam tadi.

Menerusi hantaran ringkas di akaun Facebook Hishammuddin yang juga Bekas Menteri Pertahanan itu, beliau turut memuat naik gambar bersama seorang penyokongnya yang sedang menangis.

Hantaran yang dimuat naik itu sekali gus menjawab tanda tanya orang ramai mengenai reaksi Hishammuddin selepas pengumuman pelucutan jawatan sejak malam tadi itu.

Selain Hishammuddin, beberapa nama besar juga telah dilucutkan jawatan seperti bekas Ketua Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar dan bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaludin Abu Bakar. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI