fbpx

Empat penyamun bertopeng diburu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LANGAT – Empat penjenayah bertopeng diburu selepas bertindak menyamun dua kediaman di Taman Banting dan Simpang Morib, Banting di sini, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd. Nor @ Saleh berkata, pihaknya menerima dua laporan polis mengenai kejadian itu, kira-kira pukul 6.45 dan 7 pagi.

Katanya, kes itu melibatkan sekumpulan lelaki yang memakai sarung muka dan bersenjatakan parang.

“Empat individu berkenaan memasuki rumah mangsa dengan cara memanjat pagar lalu menyamun. Kedua-dua kejadian itu melibatkan keseluruhan kerugian berjumlah RM13,000,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas Ahmad Ridhwan, pihaknya sedang mempergiatkan usaha mengesan semua suspek berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian supaya menghubungi pihaknya di talian 03-31872222 atau balai polis berdekatan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI