fbpx

Dua tokan dadah dicekup miliki 2kg Methamphetamine

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua bungkusan Methamphetamine seberat dua kilogram yang dirampas daripada suspek.

MIRI – Dua tokan dadah bakal ke tali gantung apabila memiliki Methamphetamine seberat dua kilogram ketika ditahan di tepi jalan di sini.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu berkata, kedua-dua lelaki tempatan itu ditahan oleh pasukan dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri kira-kira pukul 9.45 malam tadi kerana disyaki terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah.

“Hasil serbuan menjumpai dan merampas satu bungkusan plastik mengandungi dadah jenis Methamphetamine seberat dua kilogram bernilai RM72,000,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menambah pasukan serbuan turut menyita sebuah pikap Isuzu Dmax dan sebuah Toyota Vellfire yang digunakan oleh kedua-dua suspek.

Alexson berkata, kedua-dua suspek telah direman selama tujuh hari di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Katanya jika disabitkan kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati atau jika tidak dihukum mati, boleh dipenjara seumur hidup dan dikenakan sebatan tidak kurang 15 kali.

Justeru, beliau menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai aktiviti penyalahgunaan dadah untuk segera melaporkan ke balai polis berhampiran agar aktiviti berkenaan dapat dibendung dan dibanteras bersama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI