fbpx

Alasan pecat, gantung ahli tidak patuhi undang-undang parti – Ismail Sabri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail (kiri), Zahid (kanan) dan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan (tengah) pada mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT), semalam.

PETALING JAYA – Ahli Majis Kerja Tetinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak bersetuju dengan keputusan parti itu memecat serta menggantung enam ahli UMNO.

Beliau selaku Naib Presiden UMNO dan juga bekas Perdana Menteri berkata, keputusan tersebut bertentangan dengan prinsip ‘natural justice’ (hak membela diri).

Ismail Sabri yang juga Ahli Parliman Bera mengemukakan lima sebab mengapa proses tersebut tidak dilakukan dengan adil dan saksama.

“Yang pertama adalah tiada surat tunjuk sebab bagi yang dituduh mengetahui pertuduhan terhadap mereka. Tiada ruang menjawab pertuduhan melalui surat tunjuk sebab dan sebagainya.

“Jika yang menuduh tidak puas hati, maka yang dituduh perlu dirujuk kepada pendengaran dalam Jawatankuasa disiplin bagi mempertahankan diri dan boleh membawa saksi serta tuduhan perlu dibuktikan.

“Jika jawatankuasa disiplin mendapati yang dituduh bersalah atau sebaliknya, maka (keputusan itu) perlu memberi cadangan Jawatankuasa Pengurusan UMNO,” katanya dalam satu hantaran di Instagram hari ini.

Ismail seterusnya berkata, perkara itu kemudian perlu dibincangkan di bahagian Jawatankuasa Pengurusan UMNO sebelum dibawa kepada MKT untuk membuat keputusan.

Menurutnya, kesemua proses itu tidak dilaksanakan dan beliau juga dimaklumkan bahawa jawatankuasa disiplin tidak pernah menasihatkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“Mereka hanya maklumkan terdapat laporan dibuat terhadap tertuduh, maka saya tidak bersetuju dengan keputusan kerana terdapat kecacatan yang nyata dalam proses terbabit.

“Sebagai sebuah parti yang bertamadun, UMNO mesti dilihat telus dalam membuat sebarang tindakan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI