fbpx

Piala Dunia: Peillat lebur impian Australia ke final

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEILLAT meledak hatrik buat Jerman dalam kemenangan 4-3 ke atas Australia pada aksi separuh akhir di Stadium Kalinga sebentar tadi. - FIH

ROURKELA – Bintang naturalisasi Jerman, Gonzalo Peillat muncul wira apabila meledak hatrik dalam kemenangan dramatik 4-3 ke atas Australia pada separuh akhir Piala Dunia Hoki 2023 sebentar tadi.

Kemenangan di Stadium Kalinga, Bhubaneswar itu membolehkan Jerman, No.4 dunia, mengesahkan slot ke pentas final selepas kali terakhir melakukannya pada edisi 2010 di New Delhi, India.

Australia yang berada di ranking pertama dunia harus menyalahkan diri sendiri kerana gagal mempertahankan kelebihan dua gol hasil jaringan Jeremy Hayward dan Nathan Ephraums pada minit ke-12 serta 27.

Peillat yang pernah membuat 153 penampilan bersama Argentina sebelum menyarung jersi Jerman sejak Februari tahun lalu, memulakan kebangkitan buat negara barunya dengan dua gol pada minit ke-43 dan 52.

HAYWARD (kiri) membuka tirai jaringan buat Australia sewaktu tewas 3-4 kepada Jerman di Stadium Kalinga sebentar tadi. – FIH

Australia dilihat hampir berjaya memenangi perlawanan apabila menjaringkan gol ketiga menerusi Blake Govers ketika aksi berbaki dua minit lagi untuk tamat.

Bagaimanapun, Peillat membuktikan ketajaman pukulan sudut penaltinya dengan gol penyamaan pada minit ke-59 sebelum Niklas Wellen memastikan kemenangan 4-3 dengan jaringan keempat Jerman dalam minit terakhir perlawanan.

Kekalahan itu meranapkan impian Australia yang mahu memburu kejuaraan dunia keempat mereka selepas kali terakhir menjulangnya sewaktu edisi 2014 di The Hague, Belanda.

Jerman pula hanya selangkah lagi untuk menamatkan penantian 17 tahun bergelar juara dunia sejak edisi 2006 jika berjaya menewaskan juara bertahan, Belgium di pentas final pada Ahad ini.

Belgium mara ke perlawanan akhir selepas menewaskan musuh ketat, Belanda 3-2 menerusi penentuan penalti shoot-out selepas terikat 2-2 dalam satu lagi aksi separuh akhir yang berlangsung sebentar tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI