fbpx

Ibu bapa risau, anak-anak ‘ketagih’ lato-lato undang bahaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara kecederaan yang dialami kanak-kanak ketika bermain latok-latok.

PETALING JAYA – Dari sebuah mainan bertukar tragedi sehingga mengundang kepada kecederaan.

Begitulah situasi yang dialami kebanyakan kanak-kanak ketika bermain permainan viral ketika ini iaitu lato-lato.

Tinjauan Kosmo! hari ini di media sosial mendapati, ramai ibu bapa meluahkan rasa risau dengan ketagihan anak-anak mereka bermain permainan tersebut disebabkan warnanya yang pelbagai menjadi satu tarikan kepada golongan kanak-kanak.

Seorang wanita berkongsi pengalaman anaknya yang hampir hilang nyawa apabila tali permainan tersebut terbelit pada leher.

“Bila anak kau yang tiba-tiba tiada suara, baik kau pergi cek (semak). Pertama aku tak perasan pun di lehernya, tapi hatiku tetap tak sedap, muka Ayaan (anak) diam, jari dia cuba macam tarik sesuatu di leher selepas itu dia geleng-geleng kepala.

“Berteriak aku terus sama semua kakaknya, minta tengok adik, kemudian kakaknya teriak panggil aku beritahu tersangkut tali di leher Ayaan, nasib aku ingat potong kuku di kunci kereta aku potong dab terus buang mainan itu.

“Andailah aku masih sibuk di dapur, kemas semua stok, apa akan jadi pada anak aku, hampir hilang nyawa,” katanya.

Sementara itu, seorang doktor perubatan, Kamarul Ariffin Nor Sadan dalam hantaran di Facebooknya semalam memberitahu, sepanjang minggu ini, terdapat beberapa kes di kliniknya melibatkan kecederaan akibat bermain latok-latok.

“Seorang kanak-kanak telah bengkak dan lebam teruk di batang hidungnya terkena pemberat latok-latok.

“Permainan ini ada dua (ladung) pemberat, dan diikat dengan tali. Cara bermainnya melibatkan pemain menghayung kedua-dua pemberat ini agar ia bertembung antara satu sama lain, di bawah dan di atas tangan. Lagi laju ia dihayun, dianggap lagi hebat.

“Maka, jika silap hayun, ada risiko ladung tak bertembung sesama sendiri, lalu terkena anggota tubuh. Ada lato-lato yang ladungnya tu agak berat, jadi jika kena muka agak berbahaya terutama jika melibatkan mata, gigi atau hidung,” jelasnya.

Beliau turut meninggalkan pesanan mengenai cara terbaik untuk bermain lato-lato agar dapat mengelak daripada berlaku kemalangan.

“Tidak menghayun lato-lato separas atau berhampiran muka. Hayun rendah atau jauh ke hadapan sedikit dan elakkan bermain terlalu dekat dengan orang lain,” pesannya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI