fbpx

Banjir: Mangsa di Sabah cecah 6,843 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
APM melaksanakan pemindahan mangsa banjir di Kampung Cocos, Paitan untuk dibawa ke PPS berhampiran. - IHSAN APM

KOTA KINABALU – Sabah terus mencatatkan pertambahan mangsa banjir di lima daerah pagi ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah berkata, bilangan penduduk terjejas banjir di negeri ini adalah seramai 6,843 orang membabitkan 2,412 keluarga setakat jam 9 pagi ini.

Menurutnya, jumlah berkenaan terus bertambah berbanding 6,394 orang daripada 2,281 keluarga setakat malam tadi.

“Daerah yang dilanda banjir kekal terdiri daripada penduduk dari lima daerah iaitu Paitan, Pitas, Kota Marudu, Kudat dan Tawau.

“Semua mangsa yang terjejas dipindahkan ke 29 pusat pemindahan sementara (PPS) yang telah dibuka di semua daerah terjejas.

“Sebanyak 12 PPS diaktifkan di Kota Marudu, sembilan PPS di Paitan, lima PPS di Pitas, dua PPS di Telupid dan satu PPS di Tawau.

“Tiga PPS dengan jumlah mangsa tertinggi ialah SK Ranau (Kota Marudu) dengan 1,280 mangsa.

“Ia diikuti dengan SK Pekan Dua (Pitas) dengan seramai 713 mangsa dan SM Advent Goshen (Kota Marudu) dengan 711 mangsa,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Sementara itu, orang awam khususnya penduduk yang tinggal di kawasan sering dilanda banjir atau berhampiran sungai dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dengan keadaan cuaca semasa ketika ini.

Penduduk turut diminta menghubungi pasukan keselamatan dengan kadar segera sekiranya memerlukan bantuan untuk berpindah ke lokasi lebih selamat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI