fbpx

Banjir: Mangsa di Johor menurun kepada 4,868

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pihak polis meninjau keadaan semasa paras air Sungai Segamat

JOHOR BAHRU – Bencana banjir di negeri ini bertambah baik apabila seramai 4,868 penduduk masih berada di 50 pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka di seluruh negeri berbanding seramai 5,476 mangsa, petang semalam.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Dr. Azmi Rohani memaklumkan, mereka yang terjejas ketika ini terdiri daripada sejumlah 1,331 buah keluarga melibatkan lapan daerah iaitu Segamat, Mersing, Kluang, Kota Tinggi, Pontian, Muar, Batu Pahat dan Tangkak.

“Mersing kini menjadi daerah terjejas paling teruk akibat banjir dengan seramai 1,793 penduduk ditempatkan di 11 buah PPS dibuka di daerah berkenaan.

“Ini diikuti dengan daerah Kluang iaitu seramai 1,173 mangsa; Kota Tinggi (900 mangsa); Segamat (490 mangsa); Batu Pahat (358 mangsa); Muar (121 mangsa); Pontian (18 mangsa) dan Tangkak (13 mangsa),” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah beliau, antara PPS yang dibuka di seluruh negeri ini termasuklah PPS Dewan Kampung Baru Sungai Mas; Balairaya Kampung Perpat; Dewan Pusat Banjir Jakoa; Dewan Serbaguna Pekan Air Panas; Dewan Komuniti Tasek dan Kompleks Taman Negara Endau Rompin.

“Empat sungai di negeri ini masih diletakkan dikategori bahaya iaitu Sungai Muar di muara Sungai Gemas, Sungai Lenik di Ladang Chaah, Sungai Kahang di Kampung Contoh dan Sungai Endau.

“Dalam pada itu, lima jalan telah ditutup sementara iaitu Jalan Nitar Timur-Pengkalan Batu; Jalan Tanah Abang dan Jalan Sungai Tiram-Ulu Tebrau, Jalan Felda Medoi dan Jalan Jalan Jabi-Bukit Tempurung,”ujarnya . – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI