fbpx

[VIDEO] Pemandu cedera, dua treler muatan kereta berlanggar di NKVE

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah kereta Myvi terjatuh dan terbalik setelah dua treler muatan kereta berlanggar di NKVE, di sini, tengah hari tadi.

PETALING JAYA – Dua pemandu cedera dalam kemalangan membabitkan dua buah treler yang membawa muatan kereta di Kilometer (KM) 21.3 Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE) arah Selatan, di sini, tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisoner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 1.52 tengah hari itu, dua buah treler tersebut difahamkan dari Rawang menuju ke Klang.

“Hasil siasatan awal mendapati kemalangan tersebut berlaku apabila treler di belakang merempuh sebuah lagi treler yang dipandu perlahan di lorong kiri.

“Akibat daripada rempuhan terbabit, kedua-dua treler mengalami kerosakan dan mengakibatkan sebuah kereta jenis Perodua Myvi jatuh dan terbalik di lokasi,” jelasnya dalam kenyataan hari ini.

Fakhrudin berkata, kedua-dua pemandu mengalami kecederaan telah dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk menerima rawatan.

“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

“Saksi kejadian boleh tampil ke balai polis berhampiran atau berhubung terus dengan Penolong Pegawai Penyiasat Trafik, Sarjan Muhamad Aizuddin Awang ditalian 013-9003499 bagi membantu siasatan,” katanya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI