fbpx

Skuad Harimau Malaya bakal uji Jordan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin bertemu Presiden JFA, Putera Ali Al Hussein di Amman, Jordan hari ini. Foto ihsan FAM

PETALING JAYA – Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengeratkan kerjasama dua hala bersama Persatuan Bola Sepak Jordan (JFA) sekali gus membolehkan kedua-dua pasukan kebangsaan mengatur aksi persahabatan antarabangsa dalam masa terdekat.

Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin menjelaskan skuad Harimau Malaya kendalian Kim Pan-gon mungkin boleh ‘asah taring’ dengan Jordan yang menduduki ranking ke-84 dunia.

Kata Hamidin, skuad muda Harimau Malaya di peringkat bahawan juga memiliki peluang yang sama menentang gergasi Asia Barat itu.

“Terima kasih kepada Presiden JFA, Putera Ali Al Hussein yang meluangkan masa beliau untuk membincangkan kemungkinan kerjasama bola sepak dua hala antara Malaysia dan Jordan.

“Kita juga merancang untuk mengadakan perlawanan persahabatan pasukan kebangsaan dengan Jordan merangkumi semua peringkat umur, termasuk skuad kebangsaan wanita, futsal dan bola sepak pantai di bawah kalendar Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) nanti.

“Saya optimis perbincangan ini akan memberi manfaat kepada kedua-dua negara dalam jangka masa panjang,” kata Hamidin yang berada di Amman, Jordan dalam satu kenyataan hari ini.

Selain itu, pertemuan antara FAM dan JFA turut membincangkan mengenai pembangunan bola sepak Malaysia terutama bola sepak wanita dan akar umbi yang perlu diberi lebih penekanan dengan beberapa pendekatan strategik.

Kali terakhir skuad negara menentang Jordan adalah menerusi aksi persahabatan antarabangsa pada Oktober 2021 yang menyaksikan Harimau Malaya tewas 0-4 di Stadium King Abdullah II, Amman. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI