fbpx

Penghuni kondo buang tuala wanita, kondom bersepah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan sebuah kondominium mewah di ibu negara yang dicemari dengan pembuangan tuala wanita serta kondom secara bersepah di atas lantai.

PETALING JAYA – Tular beberapa gambar memaparkan keadaan sebuah kondominium mewah di ibu negara yang dicemari dengan tuala wanita dan kondom di lantai tingkat bawah kediaman tersebut.

Menerusi perkongsian portal Kuala Lumpur Reporter di Twitter baru-baru ini, rata-rata penghuni kondominium mewah tersebut buntu dengan sikap manusia pengotor dan mempunyai mentaliti kelas ketiga.

“Penduduk di kondominium mewah di KL buntu dengan tuala wanita yang dicampak keluar dari tingkap dan mendarat berhampiran lantai jiran.

“Isu ini telah berlaku selama setahun dan pihak pengurusan kondo tidak dapat menangkap pelakunya,” ciapnya.

Lebih menjijikkan, tuala wanita yang dibuang masih terdapat kesan darah sehingga menyebabkan kawasan sekitar berbau busuk.

Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi dan rata-ratanya mendesak pihak pengurusan agar lebih teliti menyiasat perkara tersebut.

“Penghuni bayar caj selenggara kondominium, jadi pihak pengurusan perlu bertindak segera kesan si pelaku. Ambil tindakan halau keluar pengotor yang menyusahkan penghuni lain,” luah seorang pengguna.

Menurut @Churail pula, perbuatan membuang tuala wanita merata-rata adalah sesuatu yang memalukan kaum wanita.

“Kenapa teruk sangat, memalukan kaum perempuan,” ciapnya.

“Lain kali tulis sahaja nama kondo tersebut, biar semua orang tahu. Biar cepat sikit pengurusan bertindak sebab malu,” cadang beberapa pengguna lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI