fbpx

Pas boleh protes perbuatan bakar al-Quran – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar melancarkan Buku Himpunan Esei “Knowledge, Tradition, and Civilization : Essays in Honour of Professor Osman Bakar” sambil diperhatikan Prof. Osman Bakar (kanan) dan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (kiri) di ibu negara hari ini.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tiada sebarang isu terhadap hasrat Pas berarak ke Kedutaan Sweden esok bagi membantah penghinaan terhadap agama Islam.

Menurut beliau, Pas boleh melakukan protes tersebut, namun kerajaan Malaysia telah pun menyatakan bantahan terhadap perkara itu lebih awal.

“Tiada isu mengenai protes. Mereka harus tunjukkan pandangan mereka. Jika Pas mahu lakukan begitu, mereka boleh lakukan.

“Kerajaan telah buat perkara itu dengan hubungi Duta Sweden dan nyatakan dengan jelas pendirian Malaysia. Kenyataan kita amat tegas,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas melancarkan buku himpunan esei bertajuk “Knowledge, Tradition And Civilization : Essays In Honour Of Professor Osman Bakar” di ibu negara hari ini.

Dewan Ulama Pas Pusat semalam memaklumkan akan menganjurkan himpunan solidariti bagi menyuarakan bantahan berhubung penghinaan terhadap agama Islam oleh seorang pemimpin pelampau Sweden.

Ketuanya, Datuk Ahmad Yahaya dalam satu kenyataan dipetik sebagai berkata, himpunan solidariti membantah perbuatan membakar al-Quran di Stockholm itu akan bermula esok di KLCC sebelum berarak ke kedutaan Sweden. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI