fbpx

Mahkamah: Suami isteri dituduh buat tuntutan palsu Penjana Kerjaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

ALOR SETAR – Sepasang suami isteri dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan mengemukakan dokumen mengandungi butiran palsu bagi menuntut insentif bernilai hampir RM30,000, dua tahun lalu.

Dokumen tersebut bagi menuntut insentif di bawah Program Penjana Kerjaya 2.0 Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Kedua-dua tertuduh iaitu Anuar Che Lat, 53, dan isterinya, Rohana Othman, 55, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Hakim Rohatul Akmar Abdullah.

Pasangan suami isteri terbabit didakwa secara bersama memberikan satu dokumen iaitu borang pengesahan pekerja program insentif pengambilan pekerja atas nama Widad Tours & Travel bagi menuntut insentif tersebut.

Borang itu didakwa diserahkan kepada seorang Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan Pejabat Perkeso Kedah dengan niat memperdayakan Perkeso.

Anuar dan Rohana didakwa mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa dokumen tersebut mengandungi butiran palsu tentang tiga individu berbeza sedangkan kesemua mereka bukanlah pekerja di syarikat yang dimiliki pasangan terbabit.

Ketiga-tiga kesalahan itu didakwa dilakukan di Wisma Perkeso, Jalan Teluk Wan Jah di sini pada 20 Jun 2021, 9 Mac 2021 dan 23 Ogos 2021. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI