fbpx

‘Kami sudah bersedia 100 peratus’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NAJIB (kiri) mahu rakan sepasukan berwaspada dengan ancaman Afrika Selatan biarpun skuad negara memiliki rekod pertemuan yang agak baik.

BHUBANESWAR – Malaysia berpeluang melepaskan geram kegagalan melangkah ke suku akhir Piala Dunia Hoki 2023 apabila turun menentang Afrika Selatan dalam klasifikasi kesembilan hingga 16 hari ini.

Begitupun, pemain tengah skuad negara, Muhammad Najib Abu Hassan mengingatkan rakan sepasukannya agar tidak memandang rendah kemam­puan Afrika Selatan.

“Semua pasukan yang berada di sini memberikan aksi terbaik mereka. Oleh itu, kami tak boleh ambil mudah pasukan seperti Afrika Selatan.

“Kami perlu bersedia dengan taktikal sendiri dan berjuang habis-habisan untuk mendapatkan kedudukan terbaik. Tiada pilihan selain memberikan 100 peratus,” katanya.

Najib, 27, bertekad akan memberikan segala-galanya membantu Speedy Tigers mendapatkan jaringan ke atas pasukan ranking ke-18 dunia itu.

“Saya akan cuba dapatkan pukulan sudut penalti, jaringkan gol atau cipta bantuan ja­ringan.

“Kami perlu kekal positif dan tidak benarkan fokus kami lari daripada matlamat sebenar. Saya percaya kami boleh bangkit kerana semangat berpasukan kami yang kuat,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI