fbpx

Heliza Helmi mohon doa rezeki anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HELIZA HELMI

Foto FAIZ ALIF AHMAD ZUBIR

AMPANG – “Doakan semoga ada rezeki.”

Demikian respons penyanyi dan juga aktivis kemanusiaan jelita, Datin Seri Nur Heliza Helmi apabila ditanya mengenai zuriat selepas setahun mendirikan rumah tangga.

Bagi Heliza, 37, pertanyaan sedemikian sudah dianggap sebagai satu perkara biasa kerana sering menerima pelbagai soalan sebelum dan selepas berkahwin.

“Perkara ini sama juga seperti soalan sebelum kahwin orang akan tanya bila.

“Jadi saya sudah biasa kerana soalan tersebut sudah jadi satu perkara normal,” katanya kepada Kosmo! Online.

Dalam pada itu, penyanyi asal Kuala Terengganu itu memohon doa daripada ramai mengenai rezeki zuriat.

“Allah lebih Mengetahui. Namun, saya akan selalu cakap minta doakan. Kalau tidak bercakap pun orang akan tetap mendoakan.

“Kalau ada kawan-kawan yang sedang hamil, mereka akan bagi aura tersebut,” ujarnya.

Baginya, dia tidak menetapkan untuk berkongsi secara terbuka tentang berita hamil.

“Kena tunggu sekiranya ada (hamil) sebab tidak tahu apa akan terjadi pada masa hadapan,” katanya.

Heliza yang ditemui di Majlis Pelancaran The Journey Of Humankind terlibat dalam siri animasi Nabi Musa A.S Kalimullah sebagai pelakon suara memegang watak Mariam dan dua lagi karakter sampingan.

Selain Heliza, Dai’ Syed, Hana Ismail, Hazwani Helmi dan Irma Hasmie turut sama menjadi pelakon suara dalam siri animasi Nabi Musa A.S Kalimullah yang akan ditayangkan dalam platform Nurflix bermula esok. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI