fbpx

Guru berputih mata wang pencen arwah suami RM233,480 lesap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUANTAN – Seorang guru wanita berputih mata apabila wang pencen arwah suaminya berjumlah RM233,480 lesap selepas dia terpedaya dengan sindiket Macau Scam yang menyamar sebagai pihak syarikat penghantaran barang.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, kejadian bermula pada 13 Januari lalu selepas mangsa yang berumur 55 tahun yang bertugas di Maran menerima panggilan telefon daripada individu menyamar sebagai wakil syarikat penghantaran barang yang kemudiannya menyambungkan panggilan kononnya kepada seorang pegawai polis.

“Mangsa kononnya terlibat dalam pengedaran barang-barang terlarang dan kes penggubahan wang haram dan tanpa berfikir panjang mangsa telah mendedahkan maklumat perbankan miliknya.

“Mangsa mula sedar (diperdaya) setelah berlaku 16 transaksi wang ke akaun lain (yang masih belum dikenal pasti) dibuat,”katanya di sini hari ini.

Menurut Ramli kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan siasatan giat dilakukan.

Dalam pada itu beliau berkata, pihak polis menasihati orang ramai supaya tidak mendedahkan butir-butir perbankan kepada pihak ketiga atau pun di dalam sebarang aplikasi daripada pautan yang mencurigakan.

“Jangan takut atau cemas apabila dihubungi atau didakwa terlibat dengan apa-apa jenayah oleh panggilan telefon yang mendakwa sebagai pihak berkuasa.

“Adalah diingatkan bahawa pihak penguatkuasa tidak menjalankan apa-apa siasatan melalui panggilan telefon dan sentiasa semak dengan balai, bank atau pejabat berkaitan yang berhampiran untuk pengesahan,”ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI