fbpx

Galak maklum balas pembangunan semula kompleks sukan Shah Alam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SHAH ALAM – Rakyat Selangor boleh memberikan maklum balas berhubung Projek Pembangunan Kompleks Sukan Shah Alam (KSSA) menerusi sesi libat urus awam yang berlangsung selama 16 hari bermula hari ini.

Penganjuran sesi libat urus awam itu diadakan di Pusat Beli-belah SACC Mall bermula pukul 10 pagi hingga 10 malam.

Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI) berkata, sesi libat itu bertujuan untuk berkongsi maklumat berhubung cadangan Projek Pembangunan KSSA yang baharu.

Selain itu, katanya, bagi mendapatkan maklum balas daripada orang ramai mengenai pelan cadangan yang dikemukakan.

“Sepanjang sesi libat urus awam ini, orang ramai berpeluang untuk melihat dan mendapatkan gambaran yang lebih lanjut mengenai projek pembangunan tersebut melalui paparan video 3D flythrough, papan informasi dan model konsep (scale model) projek
pembangunan berkenaan.

“Pengunjung boleh menilai dan berpeluang untuk memberikan maklum balas dan cadangan melalui kod imbasan QR yang disediakan oleh pihak MBI Selangor,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas MBI, berdasarkan pelan cadangan tersebut projek pembangunan KSSA yang berkeluasan 76.08 hektar itu nanti bakal mempunyai sebuah stadium bertaraf dunia yang merangkumi 60 peratus daripada keseluruhan kawasan projek pembangunan.

Ujarnya, baki 40 peratus daripada keseluruhan kawasan projek pembangunan adalah merupakan taman rekreasi dan ruang komersial yang diaspirasikan untuk menggalakkan interaksi dalam komuniti serta memberi pelbagai peluang keusahawanan kepada golongan belia di Selangor.

“Ini inisiatif kerajaan negeri yang bertujuan untuk memastikan ketelusan dalam setiap urusan dan mencerminkan komitmen yang berterusan kerajaan negeri ke arah pentadbiran yang cekap serta berpaksikan kepentingan masyarakat umum.

“Ia juga merupakan inisiatif tambahan secara sukarela oleh kerajaan negeri dan MBI Selangor dalam usaha memberikan maklumat terkini mengenai pelan perancangan KSSA,” katanya.

Mengulas lanjut, MBI menegaskan maklum balas dan cadangan awam yang relevan akan dimasukkan ke dalam pelan pembangunan KSSA, selaras dengan aspirasi kerajaan dan MBI Selangor yang peka kepada keperluan orang ramai. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI