fbpx

4 tahun menghilang, wanita Lithuania ditemui selamat di Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ekonomi Malaysia bertumbuh perlahan pada suku tahun kedua 2023. - Gambar hiasan

PETALING JAYA – Empat tahun menghilangkan diri daripada keluarganya, seorang wanita warga Lithuania ditemui selamat di Malaysia pada Disember tahun lalu.

Perkara berkenaan disahkan oleh sebuah penyiaran awam negara berkenaan iaitu Lithuanian National Radio and Television (LRT) tengah hari tadi.

Menurutnya, wanita dari Raseiniai di tengah Lithuania difahamkan berlepas ke Malaysia pada Januari 2019 bagi tujuan melawat rakan yang dikenali di alam maya.

“Wanita itu berusia 19 tahun ketika itu telah mengembara melalui Finland serta Qatar dan telah memaklumkan kepada ibu bapanya bahawa dia berjaya sampai ke Malaysia.

“Ibu bapa mangsa menghubungi Komisariat Polis Daerah Raseiniai dan meminta mereka memulakan pencarian anak perempuan mereka setelah gagal dihubungi,” jelasnya.

Susulan gagal mengetahui lokasi sebenar mangsa, pegawainya beralih ke internet dan berjaya menemui akaun Facebook masyarakat Lithuania Malaysia seterusnya, menghubungi pengerusinya, Rita Ruke.

“Ruke menggesa penyiasat tempatan untuk memeriksa lokasi, nombor telefon dan alamat wanita terbabit setelah menerima maklumat daripada penyiasat Raseiniai.

“Pemeriksaan terakhir dilakukan pada Disember tahun lalu apabila pegawai Lithuania berjaya mengesan transaksi dalam talian dibuat atas nama mangsa,” katanya.

Wanita terbabit telah berjaya ditemukan pada 20 Disember tahun lalu dan dia juga telah memaklumkan bahawa dia dalam keadaan baik sahaja kepada Ketua Penyiasat Vytautas Globis.

“Saya masih hidup, baik, dan sangat gembira,” katanya melalui panggilan video bersama penyiasat berkenaan.

Menurut laporan itu, dia meninggalkan Lithuania dan memutuskan hubungan dengan saudara-maranya kerana tidak mahu mempunyai apa-apa kaitan dengan mereka. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI