fbpx

241 trak pikap kemalangan hari ke-8 Op Selamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – 241 trak pikap antara 1,891 kenderaan terlibat dalam kemalangan direkodkan di seluruh negara pada hari kelapan pelaksanaan Op Selamat 19 sempena Tahun Baharu Cina, semalam.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Datuk Seri Mat Kasim Karim dalam kenyataan hari ini berkata, daripada jumlah kenderaan itu, 1,591 jumlah kemalangan direkodkan melibatkan pelbagai jenis kenderaan.

“Berdasarkan statistik harian polis, kereta mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 1,341 kes, diikuti pacuan empat roda (241) dan motosikal (209).

“Data kemalangan selebihnya melibatkan lori (44), van (41), bas (11) teksi (3) dan sebuah ambulan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam Kosmo! melaporkan, sebanyak 1,649 kemalangan direkodkan pada hari ketujuh Op Selamat 19 sempena Tahun Baharu Cina di seluruh negara, kelmarin.

Daripada jumlah kemalangan tersebut, jumlah kenderaan yang terbabit adalah sebanyak 2,002 kenderaan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI