fbpx
Gambar hiasan.

Suami mahu ceraikan isteri selepas permohonan poligami ditolak mahkamah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Seorang lelaki tergamak mahu menceraikan isteri hanya disebabkan keputusan mahkamah tidak menyebelahinya bagi permohonan poligami sekali gus mahu hidup bersama isteri baharu.

Itu ujian rumah tangga dihadapi seorang wanita seperti yang dikongsikan oleh Perunding Psikologi Keluarga dan Guaman Syarie, Suzana Ghazali menerusi hantaran Facebooknya hari ini.

Menurutnya, wanita tersebut membuat janji temu dengan beliau bagi mencari jalan penyelesaian terhadap masalah rumah tangga yang dihadapi.

“Dek kerana suami nak poligami, isteri minta suami mohon di Mahkamah Syariah. Keputusan tidak menyebelahi suami, maka suami ambil keputusan untuk ceraikan isteri pertama yang sudah punya empat cahaya mata sebab tetap nak bersama bakal isteri baharu.

“Macam yang selalu saya katakan, dah kalau jantan dah ada hasrat (poligami), hakim sahkan tak layak pun tetap nak juga,” katanya.

Berkongsi kisah kedua, Suzana berkata, seorang isteri mengadu kepadanya bahawa suaminya tidak akan mengampunkannya jika permohonan poligami dihantar ke mahkamah ditolak.

“Kata suami, kalau saya tak setuju dengan permohonan poligami yang dia hantar ke mahkamah dan sebab itu permohonan dia ditolak, suami takkan ampunkan saya dan takkan reda saya sampai bila-bila,” menurutnya yang memetik kata-kata wanita tersebut. – KOSMO! ONLINE

POPULAR