fbpx

Sarjan trafik cedera langgar SUV masuk stesen minyak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan mangsa yang cedera dibantu pengguna jalan raya lain

SHAH ALAM – Seorang anggota polis trafik cedera selepas melanggar sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) yang membelok secara mengejut memasuki sebuah stesen minyak di kilometer 8.9 Lebuh Raya Persekutuan, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.37 tenga hari, Sarjan Abdul Jalil Md. Said, 35, cedera di muka dan bengkak mata kiri ketika melakukan pemantauan Op Selamat di sekitar bandar raya ini dengan menunggang motosikal peronda.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, kemalangan dikatakan berlaku ketika anggota dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik sedang melalui susur masuk ke sebuah stesen minyak.

“Pada masa sama, sebuah kereta SUV jenis Proton X70 secara mengejut turut masuk simpang kiri ke stesen minyak sama.

“Anggota itu tidak sempat mengelak lalu melanggar bahagian kiri kereta tersebut,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau menambah, ekoran pelanggaran itu mengakibatkan mangsa cedera di muka termasuk bengkak mata kirinya.

Ujar Mohd. Iqbal, pemandu SUV berusia 42 tahun bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Anggota polis itu telah dihantar ke Hospital Shah Alam bagi rawatan lanjut.

“Polis telah mengarahkan pemandu kereta berkenaan ke Ibu Pejabat Polis Shah Alam bagi membuat laporan polis berhubung kemalangan terbabit,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI