fbpx

Penduduk terjejas banjir di Sabah meningkat 607 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa banjir yang dipindahkan di Sabah hari ini.

KOTA KINABALU: Jumlah mangsa banjir di Sabah terus meningkat kepada 607 orang setakat pukul 6 petang hari ini.

Bilangan berkenaan memperlihatkan peningkatan berbanding 251 mangsa yang direkodkan pada tengah hari tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah berkata, jumlah itu membabitkan sebanyak 139 Ketua Isi Rumah (KIR).

“Jumlah daerah yang terbabit juga meningkat kepada empat daerah dengan Kota Marudu menjadi yang terkini terjejas banjir.

“Kudat mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu seramai 381 orang manakala Paitan (147 mangsa) dan Pitas (79 mangsa).

“Bagaimanapun, jumlah mangsa terjejas di Kota Marudu masih belum dapat dipastikan kerana masih dalam proses pendaftaran,” katanya dalam satu kenyataan media sebentar tadi.

Sementara itu, sebanyak 17 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka di semua daerah terjejas banjir bagi menempatkan mangsa-mangsa yang terkesan.

“Terdapat dua PPS yang aktif di Kudat, iaitu Dewan Terbuka Matunggong dan Dewan SK Sikuati.

“Di Paitan, terdapat lima PPS yang beroperasi, iaitu Dewan Kampung Kubambangan, Dewan Kampung Batangon Darat, Dewan Kampung Binsulung, Gereja PCS Kampung Puru Batu dan SK Tanjung Nipis manakala, terdapat tiga PPS di Pitas, iaitu Rumah Ketua Kampung Sinasak Batu, Surau Kampung Sibuang dan Dewan Kampung Kusilad,” katanya.

Menurutnya, terdapat tujuh PPS yang turut dibuka di Kota Marudu dan kini dalam proses pemindahan mangsa dan pemurnian data daripada pihak berwajib.

“Antaranya ialah Dewan Komuniti, Dewan SK Teritipan, Dewan Kampung Asin-Asin, SMK Bengkongan, SK Ranau, SMK Tandek dan Dewan St Theresa. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI