fbpx

Minggu ini otak saya kosong, tiada lagu, visual – Sissy Imann

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BERBAKI tiga hari sebelum minggu ketujuh Famili Duo pada Ahad ini, Sissy masih memerlukan ruang dan masa untuk membina semula semangatnya.

PETALING JAYA – Selepas berdepan fasa patah semangat dan jauh hati akibat menerima komen pedas juri Famili Duo, Mas Idayu, penyanyi Sissy Imann meminta orang ramai memberinya ruang serta masa untuk kembali bangkit.

Menurut Sissy, 28, segala persiapan lagu untuk dipersembahkan pada hari pertandingan Ahad depan sepatutnya sudah disediakan pada hari ini namun gagal untuk dilakukan kerana tiada idea yang timbul dalam fikirannya.

“Hari Rabu sepatutnya hari kita sudah mendapat konsep persembahan supaya pihak produksi dapat mencari bahan dan penata gaya menyediakan baju.

“Namun, minggu ini dalam otak saya kosong, tiada lagu mahupun visual,” katanya dalam satu perkongsian Instagram hari ini.

Dia mengakui bersalah terhadap pasangannya, Naim Daniel kerana ‘hilang’ selama beberapa hari tanpa membantu mencari idea untuk persembahan mereka minggu ini.

“Kita sudah berjanji untuk sama-sama hadap semua kemungkinan jauh sebelum pertandingan ini bermula tetapi saya minta maaf sebab tak dapat jadi sekuat awak.

“Maaf sebab awak kena hadap semua pertanyaan seorang diri termasuk panggilan dan mesej awak yang saya tidak jawab sebelum ini sedangkan semua ini sepatutnya menjadi tanggungjawab kita bersama.

“Tidak semena-mena awak perlu menjadi ketua untuk semua ini,” jelasnya.

Dalam usaha mencari semangatnya semula, penyanyi lagu Mungkin Kamu itu berjanji akan kembali ke landasan tidak lama lagi.

“Minta maaf juga pada semua rakan-rakan media dan sahabat lain kerana membiarkan anda semua dalam fasa kegelapan seperti yang saya lalui ketika ini.

“Jangan risau. Insya-Allah saya akan kembali dan beri sedikit masa sahaja lagi,” ujarnya lagi.

Sejak Ahad lalu, nama Sissy menjadi bualan ramai selepas dia dilihat menitiskan air mata kerana menerima kritikan pedas daripada Mas Idayu.

Menerusi kritikan tersebut, Mas Idayu berpendapat persembahan Sissy dan Naim ketika menyanyikan lagu Jampi milik Hael Husaini dalam versi keroncong tidak mencapai piawaiannya.

Perkara tersebut menggores hati Sissy yang berpendapat dia tidak lagi disayangi oleh muzik sehingga sanggup membatalkan pelancaran album terbaharunya yang dirakam di London, United Kingdom tahun lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI