fbpx

Isteri kedua dapat madu semasa hamil 6 bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Alqia (dua dari kanan) bersama madu-madu dan suaminya. – [email protected]

JAKARTA – Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan majlis perkahwinan seorang lelaki bersama isteri ketiganya sambil ditemani dua isteri lain, lapor portal berita Wolipop semalam.

Berdasarkan klip video berdurasi 15 saat itu, isteri pertama dan kedua bergambar bersama-sama pasangan pengantin sambil tersenyum.

“Hanya wanita tertentu sahaja boleh berada di situasi seperti ini,” demikian menurut keterangan video tersebut.

Wolipop kemudian menghubungi pengantin perempuan tersebut, Alqia Zahra, 20, yang mengakui dirinya merupakan isteri ketiga lelaki berkenaan.

“Pada 6 Disember 2022, kami bertemu secara tidak sengaja dan kebetulan, suami mengenali bapa saya. 

“Pada awalnya, dia bergurau mengenai hasrat menjadikan saya isteri ketiga, namun ternyata memang kami berjodoh,” ujarnya.

Tambah Alqia, hubungan dengan kedua-dua madunya berada dalam keadaan baik dan turut menerima restu mereka.

“Madu-madu saya ternyata orang yang amat penyabar, apatah lagi isteri pertama. Entah bagaimana yang boleh membuatkan dia mempunyai rasa sesabar itu.

“Isteri kedua pula kini sedang hamil, namun dia tetap sabar dan baik hati. Mereka semua orang yang hebat,” ujar Alqia.

Jelasnya lagi, perkenalannya dengan suaminya berlaku dalam masa yang singkat.

“Selepas bertemu hanya sekali, dia terus membawa saya bertemu dengan kedua-dua isterinya,” katanya.

Sementara itu, isteri kedua, Lutvi Seftia Rahmat, 21, mengaku memberi keizinan kepada suaminya untuk berkahwin lagi meskipun sedang berbadan dua.

“Saya tidak akan melarang asalkan perkara yang baik. Saya sayang akan isteri pertama, isteri ketiga dan semua anak tiri (anak isteri pertama),” ujarnya. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI