fbpx

EPL: UEFA mula pantau ‘kemewahan’ Chelsea

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MUDRYK menjadi pemain baharu dibeli Chelsea dengan nilai yang tinggi, namun diberikan tempoh kontrak selama lapan tahun dan paling lama dalam sejarah EPL. – AFP

LONDON– Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) mendedahkan bahawa mereka sudah menemui cara untuk menutup kelemahan berkaitan isu perpindahan pemain oleh Chelsea yang berselindung di sebalik kontrak jangka panjang pemainnya.

Dalam laporan sebelum ini, beberapa pasukan yang menjadi seteru Chelsea di EPL menuduh bahawa kelab dari London itu telah melakukan penipuan terhadap Peraturan Kewangan Adil (FFP) sekali gus membolehkan mereka mendapatkan khidmat Mykhailo Mudryk.

The Blues berjaya mendapatkan Mudryk dengan nilai £88 juta (RM467.14 juta) menerusi kontrak selama lapan tahun, namun pasukan-pa­sukan lain menuduh bahawa kontrak jangka panjang itu sebenarnya adalah strategi licik Chelsea meng­agih nilai mengikut tahun untuk mengelak mereka dikenakan tindakan.

Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) menetapkan bahawa kontrak maksimum bagi setiap pemain adalah selama lima tahun, namun kelonggaran diberikan untuk tempoh lebih panjang menyebabkan Chelsea bertindak menggunakan kelebihan tersebut.

Namun, UEFA bakal me­netapkan bahawa mereka tidak akan mencampuri urusan tempoh kontrak yang diberikan kepada pemain, namun nilai pembelian itu hanya akan dikira berdasarkan tempoh lima tahun sahaja.

Selepas pemilikan kelab kini dipegang oleh jutawan dari Amerika Syarikat, Todd Boehly, Chelsea dilaporkan sudah membelanjakan sebanyak £460 juta (RM2.44 bilion) membawa masuk pemain-pemain baharu sejak Julai lalu.

Jumlah perbelanjaan itu menjadi rekod baharu yang dianggap paling tinggi pernah dilakukan di dunia dan di EPL apabila ia hanya melibatkan perbelanjaan bagi tempoh dua jendela perpindahan pada musim yang sama.

Rekod sebelum ini dipegang oleh Manchester City yang mengeluarkan perbelanjaan sebanyak £328.1 juta (RM1.74 bilion) pada musim 2017/18.

Biarpun pemain-pemain baharu dibeli Chelsea tidak akan berdepan sebarang tindakan dan dibenarkan untuk beraksi, namun jumlah perbelanjaan ber­kenaan akan menyebabkan kelab itu akan dikenakan had sekatan tertentu untuk berbelanja pada jendela perpindahan selepas ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI